Tarikh : 02 Februari 2004 ( Isnin )
Masa : 8.30 pagi
Tempat :
Padang Bola, Kg. Bukit Lada
Mukim Bukit Segumpal
Maran, Pahang D. M.
Masa : 8.30 pagi
Tempat :
Padang Bola, Kg. Bukit Lada
Mukim Bukit Segumpal
Maran, Pahang D. M.
Jalan ke Kg. Bukit Lada menanti kedatangan hadirin
Orang ramai mula memasuki kawasan padang bola
Di meja pendaftaran
Menyemak senarai waris
Kesibukan di meja pendaftaran
Hadirin mengambil tempat
Mendapatkan makluman terkini di meja pendaftaran
Juruacara memulakan tugas
Takbir Hari Raya dipimpin oleh Ust. Hamid
Encik Othman Talib (Pengerusi)
YB Tok Muda Asmad
Hadirin khusuk mengikuti acara yang baru bermula
Keturunan Awang Chik dari Negeri Sembilan
Ust. Mohd Nor Yatim memimpin bacaan doa
Pengerusi memberikan ucaptama dan disulami seloka
..
Seloka Awang Sin
.
Hari raya hari mulia
ramai berhimpun tidak terkira
ada muda dan ada tua
nampak muka riang gembira
Bukan nak untung nak cari nama
sekadar nak kumpul belaka semua
supaya dapat kita bertanya-tanya
cerita kisah yang lama-lama
Alkisah cerita dahulu kala
tak pernah masuk dalam berita
cerita sedih bercampur derja
itu lah kisah nenek moyang kita
Wahai hadirin yang baik hati
nenek moyang dah lama pergi
hari ini diingat kembali
semoga kita tak lupa lagi
Wahai abang, kakak dan adik
pakaian baru semuanya cantik
cuba dengar baik-baik
supaya tak lupa bila dah balik
Hendak bercerita mungkin tak reti
hendak bertanya malu hati
kalau diulang berkali-kali
kelak tersemat juga didalam hati
Cerita ini cerita lama
memang susah nak ingat semua
kalau ada kemuskilan nak tanya
lepas ini jangan pergi kemana-mana
Asal tempat wilayah Yunan
ribuan batu jauhnya perjalanan
berbekal tabah dan keimanan
tinggallah ibu, kawan dan teman
Moyang Sin orang Yunan
datang jauh tanpa teman
baik hati ringan tangan
semua orang jadi berkenan
Selat Melaka sanggup diharung
pergi jauh tinggalkan kampong
pernahkah dengar nama Tun Mulong
itulah orang dari Pagaruyung
Hidup suka tolong menolong
baik hati sikit pun tak sombong
itulah Wan Rendah waris terulong
menjadi sebutan seluruh kampong
Moyang Sin Wan Rendah
dua-dua berhati tabah
memang sudah ditakdirkan Allah
bersua bertemu lalu bernikah
Kampong Chain tempat berhenti
membuat huma bertanam padi
setiap tahun padi menjadi
tumpuan orang datang dan pergi
Mengikut cerita orang tua-tua
enam belas anak semuanya ada
ingat semuanya tapi empat dah lupa
lalu ditulis supaya tak lupa
Teh, Awang Chik, Kelimah, Maheran
sanak saudara sampai ke pekan
bila buat kenduri makan
jangan lupa saudara di Negeri Sembilan
Ahmad, Nendong dan Awang Sembang
pagi-pagi dah turun ke bendang
pantang balik sebelum petang
buat ibu bertambah sayang
Komot, Konet dan juga Lebar
anak cucu tak dengar khabar
masa berlalu cepat beredar
entah dah jadi orang besar-besar
Pokok bidara dahannya rendang
tempat berehat diwaktu petang
tidak lama Koming membujang
bertemu jodoh dengan Si Dayang
Banyak anak ramai menantu
hampir tak kenal yang mana satu
kalau ada yang belum tahu
suami Moyang Teh namanya Su
Pergi ke sawah mengail ikan
patah joran disambar haruan
kalau tak silap dalam ingatan
Imam Mahmud lah suami Maheran
Anak rusa mati dipanah
tulangnya lembut boleh dikunyah
baik hati mulut peramah
Awang Sembang beristerikan Aminah
Ulu Lepar dekat Paya Bungor
Batu Bor dekat Chenor
kalau semua belum dengar
suami Kelimah itulah Bilal Omar
Bila dapat ikan keli
masak lemak cili api
kemana Awang Chik menghilangkan diri
rupanya berkampong di Ulu Seperi
Awang Nos orangnya sibuk
kesana kemari tak pernah duduk
bila datang orang tua memujuk
jatuh hati pada Yang Wok
Awang Nos menantu muda
pawang dia peran pun dia
pantang dengar bunyi rusa
jantan betina dapat belaka
Siang malam masuk hutan
dapat rusa tak habis makan
buat pekasaam masuk tempayan
boleh tahan berbulan-bulan
Anak ramai bukan lah mudah
sekali tanak habis sekawah
pandai sungguh Moyang Rendah
perkara payah menjadi mudah
Moyang Sin dapat pasangan sejati
sepanjang tahun kerja tak henti
dapat padi berguni-guni
anak cucu sebut senang hati
Suatu ketika dipagi hari
anak cucu tak bangun lagi
langkah menuju hala ke perigi
sejuknya air tidak terperi
Bukan dicari bukan digali
bukannya mimpi tapi realiti
nampak tajau menjelmakan diri
bulu roma tegak berdiri
Esok hari berulang lagi
Moyang Rendah ada disisi
tidak jauh dari perigi
tajau misteri menyerah diri
Tabahkan hati beranikan diri
tajau misteri dekat dihampiri
alangkan terperanjat didalam hati
emas padu rupanya isi
Bagi insan yang baik pekerti
nikmat Allah sentiasa disyukuri
hudup berkat murah rezeki
itulah dia anugerah Ilahi
Hidup di Chain penuh berkat
urusan agama diambil berat
anak cucu hidup muafakat
sampai ketika moyang pun wafat
Moyang Sin Wan Rendah
hudup dan mati kerana Allah
walau pun zaman sudah berubah
makam mu tetap kami ziarah
Moyang Sin Wan Rendah
waris mu kini jumpa lah sudah
ada yang senang ada yang susah
semua itu pemberian Allah
Jika ikut ada pegangan
barang berat menjadi rengan
wahai moyang yang baik budiman
jasamu dikenang zaman berzaman
Wahai moyang yang banyak jasa
masa hidup kita tak berjumpa
dengan izin Yang Maha Esa
didoakan berjumpa di dalam syurga
Wahai moyang yang baik budiman
kami berhimpun seluruh keturunan
tua muda bersalam-salaman
disuatu pagi penuh kenangan
Bila kilat sabung menyabung
cuaca cerah menjadi mendung
usah megah dan usah sombong
bukan kan kita asal sekampong
Bila habis mendengar cerita
tentu nak balik merata-rata
kalau ada kata-kata yang pedih dan bisa-bisa
ampun dan maaf saya pinta
Kalau telaga sudah digali
boleh tak kita menompang mandi
kalau diikut hajat dihati
tahun hadapan nak buat lagi
Sekian ....
Hadirin tidak berganjak dari tempat duduk
Sedang menghayati seloka
Satu-satunya keturunan paling hampir dengan Moyang Sin
Encik Abd. Aziz Aw. Mohd
Encik Osman Teh waris dari Lanchang
Waris dari Kuala Lumpur
Mengabadikan wajah dua orang keturunan paling hampir
Seorang waris sedang berucap
Wajah tiga keturunan terhampir yang masih ada
Mengalu-alukan perjumpaan perdana
Encik Mat Nor Keria berucap
Walau tidak mengenali namun tetap dari perdu yang satu
Orang-ramai mengikuti acara sedang berlangsung
Tuan Haji Bakar dari Negeri Sembilan
Anak kecil turut serta
Biar pun berdiri asalkan dapat menghadirkan diri
Anak kecil perlu diawasi
Acara silat dipertontonkan
Warga emas tidak dilupakan
Silaturrahim tetap terjalin erat
Bergambar ramai berlatar belakangkan kain pemidang
Kegembiraan terserlah dihari bersejarah ini
Tua muda tetap tidak mahu ketinggalan bergambar
Lagi sessi bergambar
Menyemak salasilah dari 'Pakar Rujuk Salasilah'
assalamulaikum...
BalasPadamsaya mencari salah silah keturunan saya